Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden A.S, Barack Obama telah mengadakan mesyuarat pendek dengan rakan sejawat beliau dari Rusia, Vladimir Putin di Lima, Peru. Mereka dilaporkan bercakap tentang situasi di Syria dan Ukraine.
Perbahasan pendek yang berlaku di sebalik sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru adalah yang pertama kali di antara kedua-dua pemimpin dunia itu setelah Donald Trump diumumkan pemenang pada pilihan raya presiden 2016.
Presiden A.S tersebut dilaporkan menyeru pihak Rusia supaya memberikan komitmen mereka terhadap perjanjian Minsk yang dimeterai untuk menstabilkan situasi di timur Ukraine. Beliau juga menekankan supaya kedua-dua pihak meneruskan dialog berkenaan isu di Syria.
Bercakap di Lima, Putin berkata bahawa mereka sentiasa menghormati di antara satu sama lain dan di sebalik hubungan rumit di antara kedua-dua negara, Putin berkata bahawa Obama akan sentiasa dialu-alukan di RUsia
Mesyuarat 4 minit itu berlangsung di dalam lawatan luar negara terakhir buat Obama sebagai Presiden A.S.
21 November 2016 - 04:09
News ID: 793202
Presiden A.S, Barack Obama telah mengadakan mesyuarat pendek dengan rakan sejawat beliau dari Rusia, Vladimir Putin di Lima, Peru. Mereka dilaporkan bercakap tentang situasi di Syria dan Ukraine.